indikator yang ada kebanyakkan repaint jadi kita perlu faham terlebih dahulu cara kerja indikator yang kita gunakan. buat kajian juga pada timeframe mana yang berkesan. tidak di nafikan indikator telah membantu ribuan trader dalam membuat keputusan untuk kemasukan dan keluar pada pasaran, akan tetapi trader perlu bijak dalam membuat keputusan dengan melihat confirmation pada indikator tersebut. sebagai contoh indikator rsi yang telah mencapai tahap 70% ada kemungkinan ianya akan naik lebih tinggi lagi dan bahkan ianya boleh mencapai tahap 100%, trader boleh menggabungkan indikator ini bersama pengetahuan asas iaitu support dan resistance yang mana kita boleh gunakannya untuk mencari titik kemasukan yang lebih selamat dan juga kurang berisiko.