gagal pada hari ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya. jika ada keinginan untuk berjaya kita pasti akan berjaya yang pasti perlu meletakkan usaha untuk berjaya lebih dari orang lain. ini kerana setiap orang mempunyai timeline masing-masing untuk berjaya. lihat sahaja mereka yang ternama mengambil masa yang lama untuk menjadi mereka yang sekarang. kita baru sahaja gagal dalam beberapa percubaan sudah mengeluh dan berputus asa. sikap seperti ini tidak patut ada pada seorang trader kerana dunia trading sangat kejam dan memerlukan mental yang kuat untuk terus berada dalam industri ini.