Terima kasih atas perkongsian diatas. Bagi saya, untuk menjadi pedagang yang berjaya seseorang amat perlukan ilmu.
Selain ilmu, dapatkan mentor yang berpengalaman dalam bidang ini supaya kita boleh dibimbing. Menurut pandangan rakan diatas,
pelbagai perkara yang melibatkan sokongan kedudukan kewangan yang baik turut membantu. Bagi saya, seorang pedagang boleh berdagang
jika modal yang diguna tidak menggangu sebarang bentuk wang belanja setiap hari. Selain itu, aspek mental perlu kuat untuk menangani gejala
emosi yang tidak keruan andai berlaku kerugian tidak diinginkan.