1) Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik Joe Biden mengatakan bahawa matlamat utamanya adalah untuk memastikan negaranya dalam keadaan terkawal di dalam pasca Covid-19 tetapi masih lagi membenarkan masyarakat untuk meraikan hari bersejarah yang mana dia bakal diangkat Presiden secara rasmi tidak lama lagi. Pesoalan ini terjadi disebabkan kontroversi dicetuskan oleh Donald Trump semasa pelantikannya sebagai Presiden pada empat tahun lepas, iaitu 20 Januari 2017 mengenai sambutan orang ramai terhadap pentadbirannya di White House.
2) Biden mengulas bahawa mengenai bilangan orang awam yang akan menyambut pada hari pelantikan rasminya iaitu 20 Januari 2021, dia bertegas bahawa akan memastikan jumlah yang hadir tidak akan begitu sesak susulan wabak Covid-19 yang sedang melanda sekarang. " Kamu akan melihat sesuatu yang begitu sederhana pada hari rasmi pelantikan saya sebagai Presiden, tidak seperti pelantikan rasmi bagi Presiden-Presiden yang lepas, " kata Biden awal Januari, yang bercadang kebanyakan yang terlibat semasa hari pelantikan itu adalah secara maya sama seperti Konvesyen Nasional Demokratik yang telah berlalu pada Ogos 2020.