China Akan Bertindak Disebabkan Penguguran Penyenaraian Syarikat Telekomunikasinya
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Results 1 to 1 of 1

Thread: China Akan Bertindak Disebabkan Penguguran Penyenaraian Syarikat Telekomunikasinya

  1. #1 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Dec 2020
    Posts
    171
    Thanks
    3
    Thanked 251 Times in 99 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0

    China Akan Bertindak Disebabkan Penguguran Penyenaraian Syarikat Telekomunikasinya

    1) Reuters melaporkan bahawa China akan bertindak balas atas Amerika Syarikat disebabkan tindakan oleh Bursa Saham New York yang mengambil tindakan dengan tidak menyenaraikan syarikat telekomunikasinya hanya disebabkan berlaku khabar angin yang mengaitkan bahawa terhadap hubungan ketenteraan. Ia dilihat satu langkah yang amat penting bagi melindungi syarikatnya. Antara syarikat yang terbabit adalah termasuk China Mobile, China Unicom dan China Telecom. Tindak balas ini berlaku kerana berikutan tindakan susulan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada November 2020 yang bertegas untuk mengharamkan mana-mana syarikat dari Amerika Syarikat untuk melabur dalam 31 firma ynag dikatakan oleh Washington berkemungkinan dimiliki dan dikuasai sepenuhnya oleh tentera China.

    2) Kementerian dari China telah menyuarakan bahawa ia akan mengambil tindakan yang keras untuk melindungi pelaburnya, dan meminta untuk Amerika Syarikat mengadakan perbincangan semula dengan China agar permasalahan yang berlaku di tengah jalan ini dapat dibaiki semula dan seterusnya mengembalikan semula hubungan perdagangan dua hala ekonomi besar dunia itu.

    3) Menjelang hari-hari terakhir pentadbiran Donald Trump sebelum berlaku peralihan kuasa oleh Presiden yang baru iaitu Joe Biden pada 20 Januari, Trump bersuara dengan lantang untuk bertindak dengan keras ke atas China. Kedua-dua ekonomi besar dunia itu mengalami ketegangan yang semakin memuncak di tengah-tengah isu siri pertikaian seperti hak perdagangan dan hak asasi manusia. Dalam pada itu, Diplomat China berharap selepas pertukaran kuasa Presiden yang baru ia dapat meredakan ketegangan yang sedang berlaku diantara dua negara itu.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  2. The Following 3 Users Say Thank You to munjari For This Useful Post:

    Unregistered (3)

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •