Tesla Akan Menghantar Model Y SUVs Yang Dipasang Di China Pada Januari 2021
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Results 1 to 1 of 1

Thread: Tesla Akan Menghantar Model Y SUVs Yang Dipasang Di China Pada Januari 2021

  1. #1 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Dec 2020
    Posts
    171
    Thanks
    3
    Thanked 251 Times in 99 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0

    Tesla Akan Menghantar Model Y SUV Yang Dipasang Di China Pada Januari 2021

    1) Tesla menyatakan bahawa ia sudah mula menjual kenderaan sport mereka iaitu Model Y buatan dari China iaitu jenis (SUV) dan akan mula diserahkan kepada pelanggannya pada bulan Januari ini sebagaimana pengeluar kenderaan elektrik itu telah meningkatkan kadar penjualan dalam pengeluaran terbesar pada pasaran kenderaan di Amerika Syarikat. Dalam pada masa yang sama China telah menawarkan subsidi yang sebegitu besar untuk kenderaan elektrik dalam usaha sama mengawal pencemaran dari penggunaan kenderaan berasaskan petrol dan diesel. Sekaligus ia adalah strategi global diantara Tesla dan China.

    2) Tesla melebarkan sayap pengeluaran ke tahap optimum dengan membuka kilang kenderaan di Shanghai dimana ia turut melibatkan dalam pembangunan Model 3 sedan. Pada bulan Oktober, dijangkakan Tesla akan mula mengeksport kenderaan Model 3 terbabit ke sekitar Eropah. Ia juga salah satu manfaaat dengan menambahkan kapasiti pengecasan EV di Shanghai dan seterusnya mengembangkan kadar jualan dan rangkaian servis di negara China. Kira-kira telah terjual sebanyak 20,000 unit kenderaan dicatatkan pada bulan November 2020.

    3) Harga permulaan bagi Model Y di China pada masa sekarang dianggarkan sebanyak 339,900 yuan ($52,091.95), menurut salah satu laman web dari China. Antara persaingan Tesla di China termasuk Volkswagen AG, BMW dan bahkan syarikat-syarikat tempatan yang mula mengorak langkah yang sama untuk membangunkan kenderaan elektrik antaranya Nio Inc, Xpeng Inc dan Li Auto Inc yang turut mempunyai kenderaan elektrik model SUV.
    Last edited by munjari; 02-01-2021 at 01:05 PM.

  2. The Following 3 Users Say Thank You to munjari For This Useful Post:

    Unregistered (3)

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •