Siapa Yang Untung Dan Rugi Dalam Pandemik Covid-19 Bagi Amerika Syarikat
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Results 1 to 1 of 1

Thread: Siapa Yang Untung Dan Rugi Dalam Pandemik Covid-19 Bagi Amerika Syarikat

  1. #1 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Dec 2020
    Posts
    171
    Thanks
    3
    Thanked 251 Times in 99 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0

    Siapa Yang Untung Dan Rugi Dalam Pandemik Covid-19 Bagi Amerika Syarikat

    1) Jutawan menyamun semasa pandemik, kelas bawahan hilang kebergantungan untuk meneruskan hidup. Ia adalah satu sejarah terburuk bagi Amerika Syarikat yang mencatatkan lebih 326,000 orang yang mati akibat wabak tersebut dan juga pada masa yang sama pergelutan peralihan kuasa antara Presidan yang masih lagi berlanjutan. Walaupun terdapat penawar tapi tiada bukti ia mampu mengawal dan merawat.

    2) Tahap pengangguran menaik selepas mencatatkan terendah sebanyak 3.5% pada sekitar Februari 2020 iaitu sebelum terjadinya pandemik dan bermula dari situ meningkat kepada 14.7% pada April dan beransur pulih pada tahap sekarang sebanyak 6.7%. Dianggarkan 10.5 juta masih lagi tidak mempunyai pekerjaan. Industri-industri berat terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan operasi. Sukan tiada seri tanpa penyokong, cara hidup terpaksa berubah dan bebanan semakin bertambah.

    3) Pemenang diantara pemenang sepanjang pandemik berlaku ialah salah satunya industri hartanah. Disebalik pakej ransangan yang disalurkan terus ke dalam ekonomi Amerika Syarikat oleh Kongres, ia sekaligus mengurangkan kadar faedah kepada tahap yang terendah dan membolehkan memiliki kediaman sendiri. Pelabur juga menjadi pemenang akibat ekonomi merudum dengan mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkan sepenuhnya. Saham seperti Dow Jones dan S&P 500 diunjurkan meningkat.

    4) Syarikat teknologi juga turut terkena tempias keuntungan berlipat kali ganda sepanjang pandemik berlaku dengan kaedah pekerjaan di rumah dikenalkan berbanding di pejabat bagi mengawal penularan wabak. Penyedia kemudahan internet dan syarikat yang berkaitan dengan memberi sokongan kritikal juga turut memperoleh pendapatan yang lumayan.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  2. The Following 2 Users Say Thank You to munjari For This Useful Post:

    Unregistered (2)

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •