Banyak pahit yang ditelan dari nikmat manis yang dapat dirasa dalam dunia dagangan ini. Banyak khabar angin yang dimomokkan mengaitkan dagangan dengan skim cepat kaya yang membawa reputasi buruk kepada dunia dagangan itu sendiri. Ia seolah-olah mitos dan perkara yang terlarang yang sebegitu jarang sekali dibincangkan dalam komuniti sekarang. Jika pemikiran dapat diubah maka minda akan terbuka dengan lebih luas bahawa dunia dagangan ini adalah perkara yang boleh menguntungkan dan dalam pada masa yang sama boleh merugikan. Tidak dinafikan bahawa setiap benda ada risikonya sendiri dan ia memerlukan pengalaman, ilmu pengetahuan dan pengurusan kewangan yang cermat untuk berjaya dalam bidang dagangan.