Pedagang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu scapling, intraday dan swing. Pokok pangkalnya berbalik kepada seorang pedagang itu sendiri untuk menentukan dirinya mana yang serasi. Berdagang dalam jangka masa yang pendek amat risiko untuk kehilangan modal kerana kebanyakan pergerakan pasaran memerlukan pedagang-pedagang institusi yang lebih besar untuk menggerakkan pasaran berbanding pedagang runcit. Untuk membolehkan mencapai hasil dagangan dalam tempoh yang sebegitu singkat memerlukan dagangan dalam saiz lot yang sebegitu besar, menggunakan tempoh masa samada 5 minit, 15 minit mahupun 1 jam untuk menentukan pergerakan arah pasaran.