Disini saya kongsikan tentang situasi dimana apa yang turut berlaku dalam Bitcoin. Apabila terdapat permintaan terhadap Bitcoin, harganya turut akan meningkat. Sebaliknya, apabila permintaan berkurangan, harga turut sama berkurang dan turun. Bitcoin tidak dikawal selia oleh pihak berkuasa atau dimanipulasi oleh pihak tertentu seperti barangan atau mata wang yang lain. Boleh dikatakan Bitcoin ini bersifat " community-based" bermasud segala maklumat dan transaksi untuk "supply dan demand" boleh diperolehi oleh individu yang berminat hanya dengan menyemak dan analisa maklumat dari sumber yang berkaitan bitcoin.