Kelebihan hobi membaca
Forum Forex Malaysia | Tempat Komuniti Forex
Forum Forex Malaysia
Tempat Komuniti Forex
Keputusan 1 ke 3 dari 3

Aturan: Kelebihan hobi membaca

  1. #1
    Senior Member
    Tarikh Sertai
    Mar 2019
    Kirim
    651
    Bonus terkumpul
    0.00 USD
    (What is this?)
    Terima kasih
    163
    Thanked 1685 Times in 492 Posts

    Kelebihan hobi membaca

    Kelebihan hobi membaca

    1. Membaca dan menulis merupakan dua kunci utama bagi mengelakkan seseorang individu hilang ingatan.

    2. Membaca sambil baring tidak menjadikan anda rabun jauh sebaliknya membaca terlalu dekat semasa berbaring yang menyebabkan anda mengalami rabun jauh.

    3. Adakah anda tahu, hanya dengan membaca selama 15 minit sehari anda otak anda mampu memproses lebih dari satu juta perkataan dalam masa setahun.

    4. Membaca di dalam bilik gelap tidak akan merosakkan mata, sebaliknya membuat mata anda letih kerana kurang pengambilan cahaya.

    5. Mereka yang dominan menggunakan otak kanan cenderung untuk membaca secara senyap berbanding mereka yang dominan kepada otak kiri.

    6. Kajian mendapati, mereka yang gemar membaca bahan bacaan fiksyen lebih mudah bersifat empati berbanding mereka yang gemar membaca bahan bacaan dari genre yang lain.

    7. Kurangnya tidur menyebabkan anda tidak mampu membaca status emosi orang lain.

    8. Membaca dengan banyak boleh membantu individu menajamkan ingatan, mengasah memori, dan membantu pertumbuhan sel-sel baru.

    9. Kajian dari New School for Social Reseacrh mendapati dengan membaca bahan bacaan fiksyen akan dapat membantu individu untuk meningkatkan pemahaman seseorang tehadap status mental orang lain.

    10. Membaca buku dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk membaca pemikiran orang lain.

    11. Kanak-kanak yang membaca untuk keseronokan mereka lebih cenderung untuk menguasai bahasa inggeris dan matematik daripada mereka yang jarang membaca. (BBC News)

    12. Otak wanita lebih mudah membaca ‘isyarat’ melalui arahan bahasa badan atau nonverbal, jadi lebih sukar untuk menipu wanita. (The Female Brain)

    13. Membaca bahan bacaan atau buku-buku inspirasi pada waktu malam menjadikan anda lebih mudah untuk tidur.

    14. Kemampuan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dalam bidang matematik dan membaca dapat meramalkan kejayaan yang akan mereka tempuhi pada masa akan datang. (Phsychological Sciences)

    15. Kerap membaca boleh melindungi otak seseorang individu daripada mengalami Alzheimer atau nyanyuk, mengurangkan stress dan meningkatkan pemikiran yang positif.

  2. The Following 10 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Ashraf (07-31-2019),Avery (07-31-2019),Broc (07-31-2019),Kuven (07-31-2019),Liya (07-31-2019),Palti (07-31-2019),Siwo (07-31-2019)

  3. #2
    Senior Member
    Tarikh Sertai
    Jun 2018
    Kirim
    399
    Bonus terkumpul
    0.00 USD
    (What is this?)
    Terima kasih
    1
    Thanked 438 Times in 242 Posts
    Zaman sekarang bagi mereka yg perlukan maklumat dan informasi boleh dapat dengan mudah dengan adanya internet. SY belajar forex pun melalui laman2 web seperti instaforex secara percuma sahaja

  4. The Following 2 Users Say Thank You to |||||| For This Useful Post:


  5. #3
    Senior Member
    Tarikh Sertai
    Mar 2019
    Kirim
    651
    Bonus terkumpul
    0.00 USD
    (What is this?)
    Terima kasih
    163
    Thanked 1685 Times in 492 Posts
    Petikan Secara asalnya dikirim oleh |||||| Papar Kiriman
    Zaman sekarang bagi mereka yg perlukan maklumat dan informasi boleh dapat dengan mudah dengan adanya internet. SY belajar forex pun melalui laman2 web seperti instaforex secara percuma sahaja
    zaman sekarang semua nya di hujung jari tuan. tapi perlu juga ada minat untuk menimba ilmu jika tidak sia-sia sahaja ilmu yang ada di internet.

  6. The Following User Says Thank You to Fareez For This Useful Post:


Menghantar Kebenaran

  • Anda mungkin tidak boleh membuat kiriman aturan baru
  • Anda mungkin tidak boleh mengirim maklumbalas
  • Anda mungkin tidak boleh mengirim lampiran
  • Anda mungkin tidak boleh menyunting kiriman anda
  •  
Earn up to
50 000 USD
for inviting friends
to get StartUp Bonus
from InstaForex
No investments required!
Start trading without
any investments and risks
WITH NEW STARTUP
BONUS 1000$
GET BONUS
55%
from InstaForex
on every deposit