Kereta Buatan Vietnam iaitu VINFAST FADIL AKAN BERADA DI JALAN RAYA VIETNAM MULAI ISN
Forum Forex Malaysia | Tempat Komuniti Forex
Forum Forex Malaysia
Tempat Komuniti Forex
Keputusan 1 ke 1 dari 1

Aturan: Kereta Buatan Vietnam iaitu VINFAST FADIL AKAN BERADA DI JALAN RAYA VIETNAM MULAI ISN

  1. #1 Tutup Pos
    Senior Member
    Tarikh Sertai
    Mar 2019
    Kirim
    1032
    Bonus terkumpul
    0.00 USD
    (What is this?)
    Terima kasih
    178
    Thanked 2558 Times in 677 Posts

    Kereta Buatan Vietnam iaitu VINFAST FADIL AKAN BERADA DI JALAN RAYA VIETNAM MULAI ISN

    Kereta Buatan Vietnam iaitu VINFAST FADIL AKAN BERADA DI JALAN RAYA VIETNAM MULAI ISNIN – HARGA RM70,500

    VinFast mengeluarkan kenderaan pertama daripada saluran produksinya yang mana syarikat ini pada dasarnya merupakan divisyen auto konglomerat hartanah berpengaruh di Vietnam, Vingroup JSC. Sekali gus membuktikan asprasi kerajaan untuk membina sektor pengilangan automotif moden. Pelanggan akan menerima mereka kereta VinFast mereka bermula Isnin depan. Jenama itu berazam untuk bersaing dengan jenama yang jauh lebih established seperti Toyota, Honda dan Ford di pasaran Vietnam. Sebelum ini, Xuan Kien Automobile yang dikenali sebagai Vinaxuki dilihat gagal menarik perhatian pengguna Vietnam yang sememangnya mementingkan jenama.

    Produk pertama VinFast ialah hatchback yang diberi nama Fadil dan ditawarkan pada harga bermula 394.5 juta dong (RM70,500). Pada tahun 2017, Vingroup dilapor merancang untuk melabur sebanyak AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) ke dalam perniagaan automotif. Syarikat itu juga dikatakan bakal menghasilkan model sedan, SUV dan motosikal elektrik.

    Sebaai sebuah jenama baru, VinFast memang berdepan cabaran yang hebat. “Kualiti produk menjadi keutamaan. Rakyat Vietnam lebih sukakan jenama luar untuk barangan bernilai tinggi. “Pelanggan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menerima jenama baru tempatan,” kata Penganalisis Kanan di ACB Securities JSC di Ho Chi Minh City, Truc Pham.

    Setahun lalu, Vinfast memberitahu pihaknya sudah menerima 10,000 tempahan Fadil dan puluhan ribu motosikal elektrik. Sebagai perbandingan, rakyat Vietnam membeli 119,497 unit kenderaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Naik 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Vinfast merancang untuk menghasilkan 250,000 unit kenderaan dalam fasa pertama operasinya. Ia menjangkakan produksi akan meningkat kepada 500,000 unit menjelang tahun 2025. Tahun lalu, syarikat menyatakan ia mungkin mula mengeksport kereta pada pertengahan 2020.

    Fadil tidak dibangunkan sepenuhnya di Vietnam. Sebaliknya, hatchback itu menggunakan chasis daripada model Opel Karl Rocks.

    Model sedan dan SUV dibina pula di atas platform BMW AG dengan rekaannya disumbangkan oleh firma reka bentuk Pininfarina, manakala sejumlah komponen dihasilkan oleh firma Magna Steyr.


  2. The Following 9 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Ashraf (06-19-2019),Avery (06-19-2019),Broc (06-19-2019),Kuven (06-19-2019),Liya (06-19-2019),Palti (06-19-2019),Siwo (06-19-2019)

  3. InstaForex

Menghantar Kebenaran

  • Anda mungkin tidak boleh membuat kiriman aturan baru
  • Anda mungkin tidak boleh mengirim maklumbalas
  • Anda mungkin tidak boleh mengirim lampiran
  • Anda mungkin tidak boleh menyunting kiriman anda
  •  
Earn up to
50 000 USD
for inviting friends
to get StartUp Bonus
from InstaForex
No investments required!
Start trading without
any investments and risks
WITH NEW STARTUP
BONUS 1000$
GET BONUS
55%
from InstaForex
on every deposit